Sunday, January 24, 2010

Kerana kau temanku yang satu...

Aku inginkan teman yang dapat mengajarku
Erti sebenar sebuah kehidupan
Menjadi manusia
Menjadi insan
Dan menjadi makhluk di bumi ciptaanNya
Teman yang dapat mencipta hikayat indah
seorang umat manusia

Aku inginkan teman yang dapat aku tadahi kedua telapak tanganku
Bila aku bersujud, tika aku berlagu abadi
Pohon dilimpahi sejuta rahmat Al-Qadim
Aku ingin kita sentiasa di bawah dirgahayu Maha Kuasa
Kerana kita adalah sama
Satu di mata hatiNya
Bezanya tatkala iman menyanggahi jiwa rasa

Aku inginkan seseorang
Yang mampu membuka ruang getar ini
Untuk aku menjadi insan sempurna
Di mataNya…
Untuk aku mencari sinaran Ilahi
Pemudar walangnya hati
Penyinar kegelapan sepi
Dalam jahilnya lidah ini berbicara
Ada jiwa yang terhiris luka
Perit dan pedih terasa
Aku teruskan langkah mencari makna di sebalik kata-kata…

Aku inginkan teman
Yang sentiasa bersama
Tatkala titisan hujan tangis duka melanda
Tika senyum tawa berganti pula
Kerana
Aku perlu penyangga setia
Melewati lautan manusia bermuka-muka
Penuh pura…

Dan di sini
Aku tetap berdiri dan terus berdiri
Menanti teman yang menghargai diri ini
Untuk menempuhi hidup yang penuh ranjau ini
Kehidupan yang tak lari dari sepi
Kehidupan yang tak pernah berhenti dari berputar di ruang hati


Sekian kalinya
Diri ini masih bersyukur atas rahmat ukhrawi dariNya
Kerana dengan kasihNya diri ini kuat untuk mengatasi
Segala musibah yang menjalari akal dan minda sedar ini
Dan untuk kesekian kalinya
Aku redha atas ketentuan yang bakal dihadapi
Kerana aku manusia biasa
Yang pasti lalai dan leka
Dengan keindahan dunia semata
Andai aku alpa
Bangkitkanlah aku daripada lena
Kejutkan ku daripada lamunan duka
Kerana aku tahu
Di suatu masa
Aku pasti leka dengan panggilan duniawi
Dan terhumban ke lembah dusta

Dan kau sebagai temanku
Hatiku tetap padamu
Walau ku pejamkan mataku
Walau jasadku kaku
Aku tahu kau di situ
Kerana kau temanku yang satu
Satu…

No comments:

Post a Comment