Wednesday, January 6, 2010

Aku seorang lelaki...

Hatiku,
Tolong lepaskan diri ini
Dari cengkaman pilu hati
Tusukan panah berapi
Letusan maraknya sepi
Lesu...

Hatiku,
Lupakanlah duka lara
Lemparkan semangat sendu
Raikan hidup baru
Jiwa yang tiada lagi haru
Syahdu...

Tinggalkan memori dulu
Ambil iktibar peristiwa lalu
Jadikan ibu,
Pengajaran kepada sesuatu
Ilmu yang baru
Petunjuk beserta restu
Menuju ke puncak lamunan tingkat tertinggi
Pasti tiada lagi sepi
Malah
Pilu hati dengan rela mengundur diri
Kerana
Jiwa ini penuh berisi
Dengan keazaman maha sakti
Berkat mandiri diri yang tiada henti
Berkat Ilahi yang menyebelahi
Hamba sahaya yang menyendiri

Pabila sepi ini berlalu pergi
Tinggallah diri ini mencari-cari
Cahaya-cahaya lurus
Memancarkan sinaran abadi
Buat diri ini
Kerana
Aku ingin meninggalkan lara hati
Mencipta sejarah buat diri sendiri
Kerana
Aku seorang lelaki...

Pilu yang berlalu
Biarkan pergi
Biarkan ia mati
Tak usah dipeduli
Jangan kisah lagi
Hanya mengundang memori sepi
Yang mungkin berkunjung kembali
Biarlah
Biarkan
Takkan ku sesali
Kerana
Aku punya nilai diri
Dan tiada siapa yang mampu sangsi
Aku tak peduli

Ku tepis segalanya
Duka
Lara
Tangis dan air mata
Ku cuba tersenyum
Aku mahu lari dari hampa
Takkan sesekali aku menerka duka setiap masa
Takkan...

Senyum yang cuba kuukirkan
Ternyata ada baiknya
Aku bahagia
Dengan caraku jua
Walau tidak sebaik mana
Sekurang-kurangya aku mencuba
Dengan kudrat yang ada
Ku harapkan segalanya berjaya
Di suatu masa yang ku tunggu tibanya...
Akhirnya...

Kerana
Aku seorang lelaki...

1 comment:

  1. salam...

    hurm, mendalam betul makna puisi nie.. tapi ape yang aku paham, puisi nie pasal seorang lelaki yang punya keazaman yang tinggi walaupun die pernah kecewa kan? mungkin juge die pernah kecewa kerana cinta atau impian yang tak kesampaian...

    nice work.. memang menceritakan tentang seorang lelaki yang tabah ble dbaca berulang2 kali.. i like~ :)

    ReplyDelete